KUCHING, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Majlis Penutupan Sukan Borneo 2025 yang melabuh tirai pada hari ini.
Majlis penutupan berlangsung di Pusat Konvensyen Penview (PCC) Demak, Kuching malam ini.
Ketika berucap menyempurnakan Majlis Penutupan Borneo Games malam ini beliau berkata "Kita akan melabur dalam pembangunan sukan , bukan saja untuk anak-anak Sarawak tetapi boleh kita kongsi bersama dengan rakan -rakan kita yang lain.
"Kita juga melabur dalam kemudahan sports untuk anak-anak muda dan atlit-atlit kita yang mempunyai potensi , kita akan membangunkan "Sport Village" kita yang saudara tahu di kawasan ini dan dilengkapkan dengan "Velodrom" yang akan dibina bandaraya Kuching katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Sukan Borneo 2025 di Pusat Konvensyen Perpaduan (PCC) Demak di sini, malam ini.
Tambahnya lagi, "Untuk sukan motor, kita akan bangunkan litar motor juga, ini juga merupakan kemudahan-kemudahan yang kita bangunkan sebagai satu pelaburan untuk memantapkan displin anak muda melalui sukan dan yang penting turut mempunyai jiwa yang kental untuk memenangi apa jua pertandingan yang disertai. Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Penutupan Sukan Borneo 2025 di Pusat Konvensyen Perpaduan (PCC) Demak, di sini, malam ini.
Sementara itu, Kalimantan Timur akan menjadi tuan rumah untuk Sukan Borneo 2027.
Majlis turut dihadiri Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Timbalan Menteri Pembangunan Belia, Sukan dan Keusahawanan, Dato Gerald Rentap Jabu.